Perhatian : Pengeposan melalui pos adalah berisiko defect kerana pos. Kami tidak akan membuat penukaran jika ada minor defect. Sekiranya tempat anda berisiko, disarankan untuk membuat tempahan bersama extra bubble wrap. Terima kasih.
Perhatian : Buku berstatus pratempahan dijangka siap akhir Mac
Sinopsis :
Hana yang sentiasa bangga dengan status singlenya tiba-tiba mengaku yang dia sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak dikenali demi menyelamatkan diri dari diganggu.
“Tak payahlah nak kacau saya, suami saya ni bekas lintah darat tau. Belasah dan bunuh orang ni, dia petik jari je, lagilah kalau orang tu kacau isteri dia.” - Noor Raihana
Tanpa Raihana tahu, Raees terjatuh cinta kerana drama sebabak itu!
“Kita bertemu lagi Cik Hana, ada jodoh agaknya.” - Raees Fakhri
Apabila si uda mula menyampaikan hajat di hati, mulalah si dara mencipta pelbagai alasan.
“Saya kalau boleh nak cari suami yang kulit cerah sama macam saya. Yelah, saya tak nak la anak saya nanti warna-warni, nanti orang ingat anak angkat.” - Noor Raihana
Walau sejauh mana Hana mengelak, jika takdir telah tertulis, lambat laun dia perlu akur. Tapi akan wujudkah kebahagiaan jika cinta yang baru bersemi rupanya ada penghalang yang merintangi?
“Hana, berikan aku satu peluang!” - Zafril Hairy
“Nampaknya, abang ni tak pentingkan dalam hidup Hana” - Raees